10:31 pm
BY Azwar Syuhada
22 Comments
Assalamualaikum to all readers,
Setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali ke alam maya. Penat juga rasanya menyental rambut orang ini, tapi dalam pada masa yang sama rasa seronok sehingga blog pun terabai. Kali ini, aku kongsikan sedikit mengenai khasiat buah tomato.
Untuk pengetahuan anda semua, khasiat yang terkandung dalam sebiji tomato lebih daripada apa yang kita dapat bayangkan kerana ia mampu memberikan kulit licin jika diamalkan selalu. Tomato atau nama saintifiknya lycopersicon esculetum amat kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang amat diperlukan dalam badan. Tomato juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Terdapat beberapa kajian, yang mengatakan tomato juga mampu menghindari penyakit barah prostat bagi kaum lelaki dan khasiat antioksida semulajadinya mampu memberikan kesihatan yang baik kepada badan.
Bagi mereka-mereka yang mementingkan kecantikan, sangat disarankan untuk mengamalkan makan buah tomato kerana banyak memberi impak untuk menegang dan mencantikkan kulit di samping khasiat-khasiat lain.
Antara khasiat buah tomato:
1. MENGURANGKAN JERAWAT
Rebus tomato sebelum potong sebesar ibu jari agar mudah dipegang. Gosokkan tomato tersebut pada wajah dan biarkan ia sehingga kering dalam 15 minit sebelum bilas dengan air. Lakukan beberapa kali dalam seminggu.
2. MENGECILKAN LIANG ROMA
kisar tomato sehingga lumat dan sapukan pada muka. Bagi memberi kesan kelembapan bolehlah tambahkan sedikit madu. Biarkan ia kering dalam satu jam sebelum bilas dengan air suam pada muka.
3. MENGHALUSKAN WAJAH
Kisar tomato hingga mendapatkan jusnya dan sapukan pada muka seakan mencuci muka dengan pembersih muka. Urut perlahan-lahan dan bilas dengan air.
4. MENYEGARKAN WAJAH KUSAM
Tomato memang terkenal kerana memberi kesegaran pada wajah. Kisar sebiji tomato dan campurkan sedikit yogart dan sapu di seluruh wajah dan biarkan kering selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.
Kredit: Utusan Malaysia
p/s: Jangan lupa hujung minggu ini birthday aku k! (2/3/2014) Pada sesiapa nak bagi hadiah pun boleh. Ianya amat dialu-alukan lagi. hahaha..