July 2016 - Azwar Syuhada

Saturday 30 July 2016

Photographer Perkahwinan Berpatutan di sekitar Lembah Klang, Nilai, Seremban: KHATARASTUDIO
8:30 am 14 Comments
Salam to all readers,

| Photographer Perkahwinan Berpatutan di sekitar Lembah Klang, Nilai, Seremban: KHATARASTUDIO | Excited pula tulis entry kali ini, berkongsi tentang photographer perkahwinan berpatutan. Rasa macam aku pula nak kawin, memandangkan ramai kawan aku dah kawin tahun ni. 

Sebelum aku berkongsi, apa kata kita imbas kembali zaman orang dedulu punya gambar kawin, gambar kawin makbapak korang, paling legend kan? Kalau dulu zaman gambar hitam putih sesuatu majlis hanya mereka yang berkemampuan sahaja dapat bergambar kenangan untuk sesuatu majlis itu pun dah dikira grand. Awal tahun 80-an boleh dikatakan dah ramai orang mampu memiliki kamera walaupun waktu tu kamera kodak sahaja ada. Yang penting mereka masih boleh ambil gambar untuk dijadikan kenangan. Tapi, ada pula jurufoto yang terlebih excited tangkap gambar sampai banaklah tak jelas sampaii ada yang takde kepala. Time tu mana boleh, 123 action, terus je tekan button. Awal 90-an pula, kebanyakan majlis suka buat dalam bentuk video, rarelah katakan. 

Now, zaman milinium lagilah advance macam-macam teknologi ada lagilah maju dalam bab ambil gambar, dari majlis tunang, pre-wedding, pernikahan dan macam-macam lagi. Bila scroll fb, instagram, ada sahaja orang berkongsi gambar kawin sekali selitkan perkhidmatan photographer yang digunakan. Bila, kita layari laman web photographer tersebut memang super duper cantik gambar yang mereka tangkap. Sekali pandang, boleh terus jatuh cinta pada hasil gambar di tangkap. 

Untuk engkorang bakal pengantin sudah semestinya photographer tersenarai nama terpenting dalam majlis perkahwinan korang kan? Supaya nanti gambar majlis perkahwinan engkorang akan menjadi kenangan paling terindah dalam hidup. Jadi, dalam memilih photographer apakan ciri-ciri yang engkorang idamkan? Adakah khidmat pengambilan gambar yang cantik semata-mata, cara mereka berunding dengan engkorang ataupun pakej yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding photoghrapher lain. 

Bagi aku,ketiga-tiga benda ini perlu dititikberatkan, tambah-tambah aku seorang yang cerewet. Off courselah kita kena berkira, kawin bukan 3 4 kali, sekali seumur hidup Insyallah! Jadi, haruslah cari yang terbaik bukan? Jadi, aku nak share satu service perkhidmatan photoghrapher perkahwinan yang super duper terbaik dan berpatutan serta menepati ciri-ciri yang kita idamkan iaitu service dari KHATARASTUDIO.

google

Apa itu KHATARASTUDIO?

KHATARASTUDIO merupakan sebuah syarikat bumiputera yang melibatkan segala perniagaan dalam bidang Art & Design. Didaftarkan di SSM pada 01 Disember 2010. Photographernya pula merupakan seorang yang profesional dan expert dalam bidang fotografi, merangkap photoghrapher sambilan, bekerja sepenuh masasebagai illustration / Designer. Khatarastudio bertapak di beberapa buah tempat antaranya adalah di Nilai, Negeri Sembilan dan juga Bukit Tinggi, Klang. Coverage service pula, meliputi area Seremban hingga ke Sabak Bernam. Photographer Khatarastudio berpengalaman cover pelbagai majlis pernikahan, pertunangan, pernikahan lebih kurang 70 majlis sejak 2012. Banyak kan? 

Jom lihat, hasil gambar yang tercipta dari hasil seni photographer Khatarastudio. Pasti, ramai yang jatuh cinta dengan hasil gambar yang dicipta. 

google

google

google

google





google

google

Cantik kan, kesemua gambar yang ditangkap oleh jurufoto Khatarastudio. Kalau diikutkan, perkhidmatan photographer perkahwinan bukannnya murah tau, ada tu boleh mencecah RM3,000 hingga RM10,000. Kau rasa? Tapi memang patut pun mahal guys, barang kelengkapan kamera bukannya murah, perkhidmatannya pun bukannya mudah. Kita rasa je pekerjaan dorang nampak remeh, padahal susah wei.

Antara pakej yang ditawarkan oleh KHATARASTUDIO;

1) RM850
- 1 Event: Nikah or Tunang
- 1 pcs Custom Album 8" x 12" (20 pages)
- Unlimited pictures taken
- All image in Pendrive 8GB
- Free Outdoor & Potraiture

2) RM1000
- 1 Event: Sanding
- 1 pcs Custom Album 8" x 12" (20 pages)
- Unlimited pictures taken
- All image in Pendrive 8GB
- Free Outdoor & Potraiture

3) RM1380
- 2 Event: Nikah + Sanding
- 1 pcs Custom Album 8" x 12" (20 pages)
- 1 pcs 16R photo
- Unlimited pictures taken
- All image in Pendrive 8GB
- Free Outdoor & Potraiture

4) RM1550
- 2 Event: Nikah + Sanding
- 1 pcs Custom Album 10" x 12" (20 pages) OR
- 1 pcs PhotoBook 15" x 10" (40 pages) 
- 1 Exclusive Photo Frame 36" x 24"
- Unlimited pictures taken
- All image in Pendrive 8GB
- Free Outdoor & Potraiture

5) RM2400
- 3 Event: Nikah + Sanding + Bertandang
- 1 pcs Large Photobook Album 15" x 10" (40 pages)
- 1 Exclusive Photo Frame 36" x 24"
- Unlimited pictures taken
- All image in Pendrive 8GB
- Free Outdoor & Potraiture

6) RM2650
- 3 Event: Nikah + Sanding + Bertandang
- 1 pcs Large Photobook Album 15" x 10" (40 pages)
- 1 pcs Custom Album 8" x 12" (20 pages)
- 1 Exclusive Photo Frame 36" x 24"
- Unlimited pictures taken
- All image in Pendrive 8GB
- Free Outdoor & Potraiture

*Other charge / Additional Events
  • Malam berinai / persalinan: RM250
  • Nikah & Sanding in differents day: RM50 until RM100 (Milleage / Accomondation)

Menarik kan pakej yang ditawarkan oleh KHATARASTUDIO? Jadi, bagi mereka yang masih tercari-cari jurufoto untuk apa sahaja jenis majlis aku syorkan engkorang guna perkhidmatan Khatarastudio. Siapa yang duduk area Klang, Putrajaya, Nilai, dan Sepang, bolehlah hire photographer Khatarastudio. Jangan risau kerana mereka seorang yang profesional dan mempunyai pengalaman cover 70 majlis perkahwinan, malah perkhidmatan yang ditawarkan cukup berpatutan dari serendah RM600.

More details about KHATARASTUDIO can visit;

Facebook fanpage: Khatarastudio Photography

Thanks you for reading!
Reading Time:

Thursday 28 July 2016

Pembaharuan Pasport di Pejabat Imigresen, UTC Keramat
8:16 pm 10 Comments
Salam to all readers,

google

Maigadd!! Haru hidup aku harini dari awal pagi sampai ke petang. Tujuan aku keluar rumah harini, hanya satu misi sahaja iaitu renew pasport. Sebelum, aku nak pergi pejabat imegresen aku google la terlebih dahulu mana cawangan yang terdekat. Punyalah bersyukur dekat UTC Keramat ni ada, nak pergi berjalan kaki pun dekat. Rajin dengan tidak sahaja. Tapi, jangan fikir yang dekat tu memudahkan proses kita melakukan pembaharuan pasport ya!

Masuk harini sahaja dah kali ke-4 aku tak luck bila singgah pejabat imigresen. First, hujung minggu haritu, line offline sampai Isnin baru ni. Okay lagilah, boleh terima. Rabu semalam, after class cancel dalam pukul 10.00 pagi nombor pula habis. Jadi, harini aku bangunlah awal pagi, around 7.30 dah terpacak dekat depan pejabat imegresen UTC ini, alih-alih offline beb. Masa tu cool lagi, terus pergi pudu, punya panjang beratur dah macam ular sawa, dah dekat giliran aku tup-tup nombor habis. Time ni rasa terbakar jugalah, kaki dahlah sakit kena beratur, angin jugalah. Balik damai, singgah semula UTC Keramat ini, tanya dia sampai bila offline, katanya tak tentu mungkin 1 jam, mungkin 2 jam, mungkin 1 hari.

Okaylah, aku tunggu dalam sejam lebih still offline sempat aku pergi AEON BIG, Wangsa Maju beli barang sikit. Around 1 tengahari, aku call pejabat imegresen UTC Keramat, katanya dah online semula nombor still ada lagi katanya. Nak taknak, aku pecutlah ke UTC Keramat balik. Alhamdulillah, nombor ada lagi, dan orang jangan cakaplah ramai. Kata orang, weekdays tak ramai orang, hujung minggu lagi ramai. Bagi aku serupa sahaja, takde beza hari biasa dengan hujung minggu. Memandangkan aku dah berjaya membuat pembaharuan pasport dengan jayanya harini, aku share dengan engkorang semua serba sedikit info pejabat imigresen di UTC Keramat.

google


Waktu operasi Jabatan Imigresen Cawangan UTC Keramat Kuala Lumpur
 WAKTU OPERASI: Isnin hingga Ahad (Setiap hari kecualicuti umum)
                                   8.30 pagi sehingga 10 malam (Waktu rehat: 7.00 petang - 8.00 mlm)
                                   Hari Jumaat (12.15 tengahari - 2.45 petang) : TUTUP
*No limit untuk 100 orang sahaja satu hari, jadi rancanglah waktu sebaik-baiknya. Sebelum pergi, better call dulu. Nanti pergi-pergi offline pula, awak pula balik menyirap.

Senang sahaja nak pergi sini, naik LRT sampai Damai. Turun LRT, pandang belah tepi dah nampak bangunan UTC Keramat, masuk dalam tu nanti jumpalah pejabat imigresen.


Langkah-langkah pembaharuan passport:
1) Masuk-masuk sahaja, terus cari pejabat imigresen. Ambil no. giliran di kaunter serve 1 yang berada di luar pejabat imigresen (sertakan sekali ic dan passport lama).
2) Dah dapat no, bolehlah masuk ke dalam cari tempat duduk. Tunggu sehingga no. engkorang dipanggil.
3) Bila dah dipanggil, sertakan ic. dan juga passport kita pada pihak imigresen. Seperti biasa, kemaskini maklumat peribadi jika ada pembaharuan, cap jari. Bila dah settle, bersedia untuk bergambar. Yang perempuan better pakai tudung hitam. 
4) Dah selesai bergambar duduk semula, tunggu sehingga no anda dipanggil sekali lagi untuk sesi pembayaran. Around 15 minit jugalah nak mebayarnya ni.
5) Apabila selesai membayar, nanti pihak imigresen akan sertakan resit untuk kita collect passport. Passport akan siap selepas 1 jam kita membuat pembayaran. Boleh sahaja nak ambil keesokkan harini, tapi aku malas nak pergi dua tiga kali. Jadi tunggu sahajalah sampai siap. 
6) Kalau engkorang luck, tak sampai satu jam pun dah siap. Macam aku tadi, katanya dalam 2 jam baru siap sebab sistem tak kuat. Bila tunggu punya tunggu tak sampai 1 jam pun pasport siap dengan jayanya. Bolehlah senyum sampai ke telingga. Jadi, tak rugilah kan jadi orang yang bersabar.

*Bagi mereka yang berusia 18 tahun kebawah, anda digalakkan membawa salinan surat beranak walaupun mempunyai kad pengenalan.

google
Ini gambar dalam pejabat imegresen UTC Keramat, ramai jugalah waktu-waktu macam ni. Mana dorang nak pergi aku pun tahu. Semua pakat nak ke luar negara kot. 

Kalau rasa dekat sini susah korang nak buat pasport, bolehlah ke cawangan lain. Antaranya;

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
CAWANGAN URBAN TRANSFORMATION
CENTER (UTC) KUALA LUMPUR
ARAS 1, PUSAT TRANSFORMASI BANDAR
JALAN 2/48A, SENTUL PERDANA
BANDAR BARU SENTUL
51000 KUALA LUMPUR
TEL: 03-40400143

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
CAWANGAN WANGSA MAJU
ARAS 1
WISMA SRI RAMPAI
JALAN 34/26 TAMAN SRI RAMPAI
53300 SETAPAK
KUALA LUMPUR
TEL: 03-41423449

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
CAWANGAN URBAN TRANSFORMATION
CENTER (UTC) KUALA LUMPUR
NO 6, ARAS 2, PUDU SENTRAL
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
55100 PUDU
KUALA LUMPUR
TEL: 03-2026 2090

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
ARAS LG 1,2, & 5
KOMPLEKS KEMENTERIAN DALAM NEGERI
(KDN JALAN DUTA)
NO 69, JALAN SRI HARTAMAS 1,
OFF JALAN TUANKU ABDUL HALIM
50480 KUALA LUMPUR
TEL: 03-62057400

Ini sahaja info yang aku dapat kongsikan serba sedikit info pejabat imigresen UTC Keramat. Sebaik-baiknya, pergi seawal pagi yang boleh. Nanti tak payahlah beratur panjang.

p/s: Okay bye, jumpa lagi 5 tahun!
Reading Time:

Saturday 23 July 2016

Rahsia Kulit Cantik dan Sihat dengan DR. IRMA Skincare
5:30 pm 8 Comments
Salam to all readers,

| Rahsia Kulit Cantik dan Sihat dengan DR. IRMA Skincare | Setiap wanita mahu kelihatan cantik bak puteri, tidak kiralah dia kulit hitam mahupun coklat tetap mahu tampil cantik. Ada orang sanggup menghabiskan duit semata-mata nak cantik, bayangkanlah celik sahaja mata mesti ada benda yang hendak ditempek pada muka. Itu waktu pagi, belum lagi tengahari (nak keluar rumah) mahupun malam. Kalau disusun atas meja solek dah tentu lebih 6 jenis alat untuk mencantikkan muka sahaja. Kalau dalam rumah takpelah juga, yang jenuhnya kalau kita nak keluar bermalam di tempat lain, sekurang-kurangnya 1 bagasi khas untuk barang kecantikan sahaja.

Jadi, untuk menjimatkan masa mahupun ruang, apa kata engkorang cuba Dr. Irma skincare punya produk. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, kita mampu menyiapkan diri. Semudah abc gitueww!

google
See! Inilah dia set penjagaan kecantikan Dr. Irma, packaging pun nampak exclusive gituew!

Untuk cantik gunakanlah Dr. Irma Skincare sambil merawat kulit muka

Dr. Irma Skincare & Cosmetics telah menghasilkan 3 jenis produk kecantikan yang terdiri daripada Radian Cleanser, Whitening BB foundation, dan juga Vitamin C serum. Seperti mana yang anda semua ketahui, sebelum kita menggunakan apa-apa produk untuk ditepek pada muka, kita seharusnya mencuci muka terlebih dahulu.

google
Radiant White Cleanser
Harga: RM65.00
Isipadu: 100ml

Jadi, untuk nampak lebih berkesan kita gunakanlah Radiant White Cleanser yang mampu membersihkan kulit wajah kita secara mendalam, mampu mencerahkan kulit, disamping itu ianya mampu merawat kulit yang bermasalah. Sesuai sangat dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif seperti aku ni. Hanya picit sikit dan bubuh air dah memadai. Terasa kesegaran setelah mencuci muka menggunakan Radiant White Cleanser ini!

Kalau nak tahu, Radiant White Cleanser ini diperkaya dengan pati grapeseed dan kaktus, yang bertindak mencerahkan, memutihkan serta memperbaiki tekstur kulit bagi sekata. Secara tidak langsung mampu mengawal pengeluaran sebum, mengecilkan pori-pori, memberikan lembapan optimum, mencerahkan pigmentasi dan memutihkan kulit dengan penggunaan berterusan. Ia juga mempercepatkan pembentukan sel kulit untuk kulit lebih tegang remaja

Dr. Irma Whitening BB Serum Foundation

Kalau diikutkan produk lain banyak step perlu diikuti, jadi menjimatkan masa seperti aku sebagai student aku lebih prefer memakai produk Dr. Irma. Di mana, setelah mencuci muka, aku terus apply Whitening BB Serum Foundation. Ia merupakan bedak asas berasaskan air dengan pelindung matahari spf35++, yang lebih dikenali dengan serum adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Ia sangat mudah untuk di apply dan cepat meresap ke dalam kulit dan mampu bertahan selama 12 jam setelah kita pakai. Kecuali kita basuh muka, dah tentu-tentu hilang.

google
Whitening BB Serum Foundation
Harga: RM98.00
Isipadu: 20ml

Jadi, kalau nak keluar rumah tak payah fikir lama nak tacap, terus sahaja tempek Whitening BB Serum Foundation ini. Texture Whitening BB Serum Foundation ini sangat-sangat best dan sesuai sangat dengan kulit muka kita. Yang paling best, ianya mampu menutup segala cela dekat muka, terasa flawless kau jah!

Cara pemakaiannya cukup mudah, boleh disapu dengan sapuan tangan. Titikkan pada dahi, pipi, hidung, dan dagu dan ratakan keseluruh wajah. Whitening BB Serum Foundation ini mengandungi likoris, vitamin C dan pati buah terkonsentrasi yang terbukti mencerahkan kulit dan pigmentasi seawal 3 hari.

Antara manfaat dan kelebihan Whitening BB Serum Foundation
  • Merawat jerawat yang membengkak dan jerawat pasir seawal 24 jam.
  • Kandungan kolagen dan stem sel epal yang diimpot dari France akan membaiki tekstur kulit, kurangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit.
  • Mengurangkan kulit berminyak.
  • Mengatasi kulit kering.
  • Melembapkan kulit wajah.

Dr. Irma Radiant White Vitamin C Serum

google
Radiant White Vitamin C Serum
Harga: RM89.00
Isipadu: 15ml

Akhir sekali, penggunaan Radiant White Vitamin C Serum dimana ianya diperkaya dengan aloe vera yang menenangkan bertujuan untuk pemutihan kulit, menyembuhkan kulit berjerawat, mengurangkan pigmentasi dan parut, mengurangkan pengeluaran minyak muka yang berlebihan, menghidrasi klit, hilangkan kedut dan menganjalkan kulit seawal 3 hari. Semua benda yang kita impikan ada dalam serum ini. Siapa tak suka kan?

Radiant White Vitamin C Serum ini boleh guna waktu siang dan juga malam. Cara pemakaiannya pun cukup mudah, hanya tekan penutup botol dan corong serum akan terisi dengan serum yang cukup lalu titiskan terus pada dahi, hidung, pipi, dagu dan usaplah perlahan-lahan secara membulat hingga serum diserap dalam kulit wajah kita. Yang paling best, harum semerbak bau serum ini bila kita buka botolnya. Bau minyak atar pun ada juga! 

Muka penat habis baru balik class haritu, tup-tup balik rumah tengok ada parcel siap bungkus dalam kotak lagi! Memang bagus betullah service team Dr. Irma skincare kerana menjaga kualiti dan keselamatan produk dengan selamat.

Antara positive feedback setelah wa guna pakai Dr. Irma skincare;
- Struktur warna kulit semakin sekata
- Parut jerawat semakin pudar
- Jerawat nasi lama kelamaan semakin pupus
- Kulit muka sentiasa lembap dan tak menggelupas
- Menaikkan seri wajah!

Nah, gua belanja demo memakai set penjagaan Dr. Irma skincare.

Belanja 1 selfie bila dah apply Whitening BB cream foundation.

Untuk keterangan lanjut mengenai Dr. Irma skincare boleh layari;

Instagram: drirma_official
Whatsapp: 6 0186897511
"Keyakinan anda, Kebanggaan DR. IRMA"


p/s: Pada mereka yang tercari-cari produk yang sesuai untuk merawat kulit wajah plus cantik, apa kata engkorang cuba produk Dr. Irma skincare & cosmetik ini kerana hasilnya pasti tidak akan pernah mengecewakan. 
Reading Time:

Wednesday 20 July 2016

Happy Birthday! #ALTHEATURNS1
8:30 am 6 Comments
Salam to all readers!

google
| Happy Birthday! ALTHEA.TURN1 | I wanna to share something that today 20 July 2016 is Althea.Turn1! Occasion birthday Althea, I want to sing  Happy Birthday to you, happy birthday to you, Happy Birthday to AltheaTurns1!!!

Bagi mereka yang kaki make-up ala-ala artis korean, sudah pasti mengetahui kewujudan website Althea. Di mana ia menawarkan pelbagai barangan cosmetic seperti lipstik, compact powder, pencuci muka, scrub, shampoo dan macam-macam lagi. Yang bestnya, barang yang diterima fresh dari negara korea. Dari luar negara tu bukan luar daerah tau! Bak kata orang, tak dapat menjejak korea, dapat beli barang dari korea pun jadilah.

google

Baru-baru ini aku sempat shopping barang dari Althea, antaranya BB Cushion Laneige, Lipstick Innisfree dan juga mask. Total ketiga-tiga barang berharga RM148.00. Aku beli barang yang memang aku teringin nak pakai. BB Cushion beli sebab terpengaruh dengan iklan Laneige sendiri. Kononnya pakai boleh jadi macam Song Hye Gyo. Berangan tak sudah aku ni!

Ingatkan nak beli packaging yang baru tu, tapi dah habis stok. Jadi, beli had lama ni pun dah membuat hatiku gembira. Memang glowing habis pakai BB Cushion Laneige ni wei! Pore Control Cushion BB for a refreshing feeling with effects properties, such as "pore care + pore coverage + semi-matt finish + long-lasting + cooling effect + UV protection". Best sangat BB cushion ni, hanya tempek sikit dah memadai.

google
Second barang sudah semestinya Lipstick Innisfree bagi memberi sokongan buat my boyfriends Lee Min Ho sebagai duta produknya. Biasanya, aku suka yang pink2, warna-warna soft. Tapi sekarang, saje mengubah selera nak pakai merah sikit. Tengok orang biasa pakai lipstik merah menyala, tu yang nak merasa. Name of this lipstik is "innisfree: CREAMMELLOW LIPSTICK".

Barang terakhir yang sempat aku borong sudah semestinya mask. Aku memang menggila pakai mask, dalam seminggu boleh dikatakan 3 atau 4 kali aku pakai. Mask ini bagus pakai waktu malam ataupun masa tidur, dapat relax kan sikit minda dan badan. Nama mask yang aku borong dekat Althea ini adalah "DRESS CODE BLACK".

google
Sebelum aku terlupa, aku nak share 1 berita baik buat peminat tegar Althea bermula harini. Bersempenakan ALTHEATURN1, Althea akan menganjurkan "Althea's Birthday Celebration bermula 20th - 31st July, 2016". Excited tak?? Di mana, anda semua berpeluang mendapatkan;

  • Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
    For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.

  • Free Goodies for first 1,500 shoppers
    Full size beauty products. While stocks last. 

  • Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE! Rebate will be credited into your account. 

*Hanya 1,500 shopper yang terawal sahaja berpeluang mendapatkan goodies gift special dari Althea. Jadi, jangan lengah-lengah masa lagi terus terjah website Althea!


Dalam kotak pink Althea tu nanti ada terselit sekali DIY Party Kit tau! Jadi, jangan lupa join #AltheaTurns1 Instagram Contest dimana anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits, and beauty hampers from Althea! Total keseluruhan hadiah berjumlah KRW10,000,000 untuk dimenangi. Contest bermula pada hari ini iaitu 20th July until 15th August, 2016. Jangan lupa letak hashtag #altheaturns1 nanti senang pihak Althea nak detect.


Ini cara aku deko dengan muka selebit. Sempena birthday Althea yang pertama ini aku berharap produk Althea akan dapat dipasarkan ke seluruh negara secara meluas dan semoga dapat bersaing dengan mana-mana produk lain dengan secara sihat. Overall, I love Althea product! Happy Birthday Altheaturn1!!! 


p/s: Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk memenangi hadiah terhebat. Dalam pada masa yang sama, doakan aku menang iPhone 6S ataupun Macbook Air pun jadilah! Amin!

More info for Althea can visit;

Facebook: Althea
Instagram: Althea Korea
Website: www.althea.kr

Thanks you for reading!
Reading Time: